Saturday, January 24, 2015

SEJARAH & POLITIK (PERBEZAAN MAHKAMAH)

Pengenalan
Sistem mahkamah Malaysia berasal daripada piagam tahun 1807 yang dikenali sebagai Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan Mahkamah Keadilan di penempatan Pulau Pinang.
Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di dalam Komanwel Asia Tenggara:
·         Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu
·         Mahkamah Agung Singapura
·         Mahkamah Agung SarawakBorneo Utara dan Brunei

Setiap Mahkamah Agung yang terdiri daripada sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.



MAHKAMAH PERSEKUTUAN  
Keanggotaan terdiri daripada:
  • Ketua hakim mahkamah persekutuan/ketua hakim Negara
  • Presiden mahkamah rayuan
  • Hakim-hakim besar mahkamah tinggi
  • 8 orang hakim lain & beberapa orang hakim tambahan yg dilantik oleh YDPA mengikut keperluan
  • BIDANG KUASA
  • Pembicaraan kes hendaklah didengar lebih kurang 3org hakim/lebih yg ditentukan ketua hakim Negar
  • Menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan Negara & berkuasa untuk menolak undang-undang yg bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan
  • Menyelesaikan kekeliruan&persoalan yang timbul daripada tafsiran undang-undang persekutuan dgn perlembagaan pesekutuan


MAHKAMAH TINGGI
DIBAHAGI KEPADA:
a) mahkamah tinggi Malaya (1org hakim Besar & 46org hakim lain)
b) mahkamah tinggi sabah&Sarawak (1org hakim besar dan 10 hakim yg lain)                  
BIDANG KUASA
1.    Membicarakan kes sivil yg lebih rm250000
2.    Menjatuhkan apa-apa hukuman termasuk mati/seumur hidup
3.    Bicara kes pembunuhan
4.    Mengeluarkan waran,writ,perintah lelong/waran tangkap atau dan sebagainya
5.    Mengarahkan mahkamah rendah mengadakan perbicaraan smula selepas mendengar kes-kes rayuan daripada mahkamah rendah
6.    Mendengar petisyen pilihan raya


MAHKAMAH RAYUAN
KEANGGOTAAN:
·         Pengerusi yang digelar presiden mahkamah rayuan
·         10orang hakim yang lain
PELANTIKAN HAKIM:
·         Dilantik YDPA atas nasihat PM setelah berunding dengan MRR
·         Sebelum menasihati YDPA,PM hendaklah:
·         a)minta pandangan ketua hakim Negara bagi pelantikan presiden
·         b)minta pandangan presiden untuk perlantikan hakim lain

PENAMATAN JAWATAN HAKIM:
·         Hakim hanya boleh dipecat oleh YDPA  melalui tribunal

PERSIDANGAN MAHKAMAH RAYUAN:
·         KES hendaklah didengar tak kurang 3orang hakim/lebih
·         Mendengar kes jenayah & sivil yg tak kurang rm250000 daripada mahkamah tinggi
·         Berkuasa meminda keputusan mahkamah tinggi

MAHKAMAH SESYEN
·         mahkamah rendah yang tertinggi
·         hakimnya dilantik oleh YDPA
·         tidak perlu perkenan PM dan MRR
·         tiada kuasa untuk dengar kes rayuan
·         prosidin penghakiman dilakukan oleh seorang hakim
·         berkuasa keluarkan saman,writ,perintah mahkamah
·         mengawasi kes sivil di mahkamah majistret dan mahkamah penghulu
·         kendalikan semua kes jenayah,rasuah kecuali hukuman mati
·         kendalikan kes sivil yang tuntutannya tidak lebih RM25000
·         berkuasa menyelia atau tuntutan sivil berkaitan kemalangan kenderaan bermotor

MAHKAMAH SYARIAH
1.     Hanya bicarakankes sivil dan jenayah bgi org2 islam
2.     Kes sivil:
a) pertunangan
b)matrimoni-pkwinan,ceraian,nafkah
c)hak anak & wakaf n warisan harta

BIDANG KUASA HUKUMAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Kes jenayah:
·         Penjara tidak lebih 3tahun
·         Denda tidak lebih rm5000
·         Merotan tidak lebih enam sebatan
·         Kes sivil
·         Pertikaian tidak lebih rm50000
·         MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
·         Kes jenayah:
·         Penjara tidak lebih 6bulan
·         Denda tidak lebih rm1000
·         Kes sivil:
·         Pertikaian tidak lebih rm50000

MAHKAMAH MAJISTRET
1.    YDPA melantik majistret di Wilayah Persekutuan Lumpur,Labuan,Putrajaya atas nasihat hakim besar mahkamah tinggi Malaya
2.    Ketua menteri melantik majistret di negeri-negeri yg lain atas nasihat hakim besar mahkamah tinggi

KELAS 1
·         bicarakan kes yang hukumannya tidak lebih 10 tahun,denda sahaja,kes rompakan,kes pecah rumah 
hukumannya:-
·         5 tahun penjara
·         denda RM10000
·         12 sebatan rotan
·         bicarakan kes sivil tidak lebih RM25000
·         dengar kes rayuan dari mahkamah penghulu

KELAS 2
·         juga dipanggil Mahkamah Tuntutan Kecil
·          berkuasa bicarakan kes yang hukumannya tidak lebih 12 bulan penjara/denda sahaja
 hukumannya:-
·         6 bulan penjara
·         denda RM1000]

MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA
·         Hakimnya ialah Hakim Besar mahkamah tinggi,Pengerusi mahkamah persekutuan(ketua hakim negara),bekas hakim mahkamah persekutuan/mahkamah tinggi
·         Mengadili YDPA,raja
keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar/dipertikai di mana-mana mahkamah.


Badan Kehakiman/Judisiari

BIDANG KEHAKIMAN/JUDISIARI
kebebasan badan kehakiman
Tidak memihak kepada sesiapa
Mempunyai kebebasan yang tersendiri
Tidak dikenakan kawalan oleh Badan Perundangan /pihak eksekutif
Hakim tidak boleh dipecat kecuali kerana perkara 125(3)
Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan  dalam parlimen kecuali usul daripada ahli parlimen
Maksimum umur jadi hakim ialah 65 tahun atau 66  tahun
fungsi badan kehakiman
Memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan ditegakkan mengikut peruntukan undang-undang
kuasa badan kehakiman
Sebagai pengadil
Mahkamah Atasan
Mahkamah Rendah
Mendengar dan dan menentukan perkara sivil yang berkaitan dengan saman-lazimnya perlukan affidavit
Mendengar dan menentukan perkara jenayah yang melibatkan kanun kesiksaan
Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan dan Badan Pelaksana
Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
kuasa mahkamah
Melaksanakan tugas kehakiman
Mentafsir perlembagaan negara
Mentafsir undang-undang
Mengistiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Mengistiharkan bahawa sesuatu tindakan kerajaan adalah tidak sah di sisi undang-undang
Tidak boleh panda undang-undang
sistem mahkamah
Disusun ikut hierarki pyramid
Individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi
pelantikan hakim
Dilantik oleh YDPA dengan nasihat PM
Urusan pelantikan,kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan mereka di bawah kuasa YDPA
Hakim tidak dibenarkan berpolitik untuk melindungi hakim daripada pengaruh politik
peguam negara
Penasihat undang-undang kerajaan
Menjadi pendakwa raya bagi kerajaan
Menjadi peguam bela bagi kerajaan
Dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman
mahkamah atasan
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi Malaya
Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak
Mahkamah Khas
mahkamah rendah
Mahkamah Majistret
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Syariah
Mahkamah Kanak-Kanak
Mahkamah Penghulu
Mahkamah Anak Negeri
ketua kehakiman
Ketua Hakim Negara
bidangkuasa mahkamah persekutuan
Meluluskan rang undang-undang yang digubal oleh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri
bidangkuasa mahkamah tinggi
Semua kes yang melibatkan hukuman mati
Melebihi kuasa mahkamah rendah
bidangkuasa mahkamah sesyen
Semua kes yang tidak melibatkan hukuman mati
Denda antara RM25000 hingga RM100,000
bidangkuasa mahkamah majistret
Semua kes yang < penjara 5 tahun
Denda RM10000
Kes awam (RM25000)
bidangkuasa mahkamah kanak2
Melibatkan pesalah remaja (<18 tahun)
bidangkuasa mahkamah penghulu
Kes sivil yang nilainya tidak melebihi RM50
Kes jenayah yang dendanya tidak melebihi RM25
bidangkuasa mahkamah adat negeri
Kes-kes yang melibatkan kesalahan melanggar undang-undang adat

Mahkamah-mahkamah sivil di Malaysia secara umumnya dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut undang-undang penubuhannya. Misalnya, Akta Mahkamah Rendah 1948 memperuntukkan kepada penubuhan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
(a) Mahkamah Majistret : Ia mempunyai bidangkuasa untuk memutuskan pertikaian sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000-00. Bagaimanapun, ia tiada bidangkuasa rayuan.
(b) Mahkamah Sesyen : Ia mempunyai bidangkuasa untuk memutuskan pertikaian sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000-00 tetapi tidak melebihi RM250,000-00. Bagaimanapun had tuntutan tidak ditetapkan berhubung dengan kemalangan kenderaan bermotor, pertikaian di antara tuan rumah dan penyewa serta distress. Bagaimanapun, ia juga tiada bidangkuasa rayuan.
Berhubung dengan prosiding pula, masing-masing Mahkamah mempunyai prosiding sivil yang tersendiri dan diseliakan melalui peraturan-peraturan yang berasingan. Cuma pada bulan Ogos 2012, suatu peraturan baru iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah digubal bagi menggabungkan peraturan-peraturan berhubung prosiding di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.
Pada masa hadapan tetapi dalam waktu yang terdekat, bidangkuasa yang dinyatakan di atas dijangka akan mengalami perubahan. Setakat ini, melalui Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010, bidangkuasa Mahkamah Sesyen akan dilanjutkan ke RM1,000,000-00. Manakala bagi Mahkamah Majistret pula, bidangkuasanya akan dikembangkan hingga mencapai RM100,000-00. Bagaimanapun, Akta Pindaan ini belum dikuatkuasakan, dan dengan itu bidangkuasa yang sedia ada masih diteruskan.
Bidang kuasa Mahkamah Sivil (Mahkamah Tinggi)

Bidang kuasa sivil

Menurut seksyen 23(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91), Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala prosiding sivil jika [8]-
(a)                kausa tindakannya berbangkit;
(b)               defendan atau salah seorang daripada beberapa orang defendan bermastautin atau mempunyai tempat urusannya;
(c)                fakta-fakta yang atasnya prosiding itu wujud atau dikatakan telah berlaku; atau
(d)               mana-mana tanah yang pemunyaannya dipertikaikan terletak, dalam bidang kuasa tempatan mahkamah itu dan, walau apapun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini dalam apa-apa hal yang semua pihak bersetuju secara bertulis, dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi yang satu lagi itu.

Seksyen 24 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menyebut bahawa bidang kuasa Mahkamah Tinggi dalam kes-kes sivil hendaklah termasuk [9]-
(a)                bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perceraian dan kausa hal ehwal suami isteri;
(b)               bidang kuasa dan kuasa yang sama berhubung dengan perkara-perkara admiralti seperti yang ada pada Mahkamah Keadilan Tinggi di England di bawah Akta Mahkamah Agung 1981 bagi United Kingdom;
(c)                bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebangkrapan atau syarikat;
(d)               bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga budak-budak danpada amnya atas diri dan harta budak-budak;
(e)                bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga dan pengawas diri dan estet orang-orang dungu, orang-orang sakit otak dan orang-orang yang tak sempuna akal; dan
(f)                bidang kuasa untuk memberi probet bagi wasiat dan testament dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka orang mati yang meninggalkan harta di dalam bidang kuas wilayah Mahkamah itu dan untuk menukar atau membatalkan pemberian tersebut.

Bidang kuasa Jenayah

            Bidang kuasa jenayah Mahkamah Tinggi terdapat dalam seksyen 22 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

            Menurut seksyen 22, subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan [10]-
(a) Semua kesalahan yang dilakukan 
(i) Dalam bidang kuasa tempatannya;
Di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia; oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas, di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara;
oleh mana-mana orang di laut lepas jika kesalahan itu ialah kesalahan pelanunan mengikut undang-undang antarabangsa; dan

Kesalahan-kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan, dan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan di dalam Jadual kepada Akta Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 1976, atau kesalahan-kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang mana perlakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menjejaskan keselamatan Malaysia dan kesalahan itu yang dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan di laut lepas, di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia
oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas, di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara; atau
oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar sempadan Malaysia.