Wednesday, January 21, 2015

Soalan 3

3.Kontrak Sosial: Satu tinjauan ke atas masyarakat Cina dalam aspek ekonomi.

Pengenalan    

Kontrak Sosial diwujudkan sebagai persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India parti-parti  mereka yang diwakili UMNO, MCA, MIC.Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Perlembagaan Malaysia mengandungi aspek Kontrak Sosial kerana ia merupakan satu persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia.


Isi dan huraian

Di dalam Sosial Kontrak, Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP) telah dilaksanakan oleh disebabkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan. Setengah-setengah orang mengatakan bahawa keistimewaan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu.

          Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Oleh sebab itu, dominasi masyarakat Cina telah mundur.Oleh kerana penyertaan masyarakat Cina yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia. Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 Ringgit Malaysia. Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.

               Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik. Walaupun masyarakat kaum Melayu diberi keutamaan di negara kita, terdapat juga masyarakat kaum Cina yang banyak menyumbang dalam ekonomi negara kita. Masyarakat kaum Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut.

          Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara. Antara individu yang banyak menyumbang dalam ekonomi negara mahupun dari aspek pelancongan, ataupun fesyen ialah Tan Sri Lim Goh Tong, Robert Kuok, Jimmy Choo dan lain-lain lagi. Mereka telah banyak menyumbang dalam ekonomi negara kita.

Kesimpulan


           Kesimpulannya kontrak sosial merupakan benda abstrak yang seringkala dipertikaikan oleh orang yang ingin merosakkan perpaduan. Perlembagaan negara tetap menjadi teras negara. Sekarang semua kaum hidup secara aman dan bersumbang dalam kemajuan negara. Kerajaan harus terus berusaha untuk melindungi rakyat dan mengukuhkan perpaduan yang amat berharga itu.

No comments:

Post a Comment